Kursus 2012


KURSUS ASAS FOTOGRAFI | 21 & 22 April 2012
 


Yuran : RM 400.00 seorang, Early Bird RM 350.00 (5 Terawal)
Pertanyaan : 017-7191735 (En. Edy)
Tarikh Kursus : 21 & 22 April 2012
Tarikh Tutup Penyertaan : 15 April 2012
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka

Objektif : Memberi pendedahan asas kepada peserta tentang bagaimana cara untuk menggunakan kamera dengan betul. Menerangkan pelbagai setting yang ada dalam kamera samada Auto atau Manual. Memberi teknik-teknik bagaimana mendapatkan gambar yang berkualiti.

Siapa yang patut menyertai? : Mereka yang BARU ingin menceburi bidang fotografi. Mempunyai minat yang tinggi dalam fotografi. Ingin menjadikan sebagai satu hobi & ingin mengetahui lebih dalam mengenai dunia fotografi.

Maklumat :

1) Dibuka untuk peserta dari kawasan Melaka & yang berhampiran dengannnya (peserta dari luar Melaka juga turut dialu-alukan).
2) Kursus ini memberi tumpuan kepada asas fotografi digital secara teknikal dengan menggunakan kamera digital samada kamera biasa atau DSLR.
3) Kelas adalah dalam bahasa Melayu dengan penggunaan Bahasa Inggeris untuk istilah teknikal.
4) Peserta maksimum 20 orang untuk setiap kursus untuk perhatian yang lebih kepada setiap peserta
5) Modul pelajaran disertakan.
6) Praktikal serta penilaian akan dibuat pada akhir kursus.

Pindaan :
Pihak kami berhak membuat sebarang pindaan tentang apa jua maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera kepada para peserta.

Antara Kandungan Kursus :

1) Asas Fotografi & Kamera (Slot 1)

a. Apa itu fotografi?
b. Rule Of Third (RO3)
c. Jenis-jenis kamera
d. Depth Of Field
e. Aperture & Shutter
f. Meter Pengukuran Cahaya
g. Kombinasi aperture dan shutter.
h. Mode Dedahan

2) Asas Fotografi & Kamera (Slot 2)

a. ISO
b. Lensa
c. Lensa Fokal
d. Memfokus
e. Fotografi Digital
g. Digital vs Film.

3) Komposisi & Idea (Slot 3)

Penyertaan terhad kepada 20 peserta sahaja
Jika ada, sila bawa kamera yang mempunyai kawalan MODE P,A,S,M.

Bagi yang tidak mempunyai kamera kami ada menyewakan kamera dengan kadar RM100 sepanjang kursus.

Pendaftaran : Depositkan RM100 ke akaun Maybank - 101302039236 (Muhamad Edy Abdul Kasim) sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15 April 2012 dan SMS maklumat pendepositan spt NAMA | NO AKAUN | MASA TRANSAKSI ke 017-7191735